LAKE GARDEN 2

Bagi awe.. awe suka baca komen kawan2 / blogger bila awe update blog. Tp iyelah.. awe kan baru pindah so ramai lagi kawan2 blog yang belum tahu blog baru awe ni. Tapi takpelah.. dapat komen dari akak Dr. dan kak dinas pun dah rasa happy dah.. hehe. So awe nak tambah lagi gambar2 dari lake garden untuk tatapan kawan2 yea…

 

 

 

 

 

 

 

 

Lake Garden ni sangat luas sebenarnya. Awe tak selusuri kesemua jalan dan kawasan. Awe bermula dari tengah-tengah iaitu kawasan playground kedua dan jalan perlahan2 menghala ke Tasik Besar. Playground pertama letaknya di hujung berhampiran medan letak kereta. Kalau nak walking, Awe pernah buat one big round bermula daripada playground pertama tu.. ambik jalan ‘jungle trekking’ kat bahagian belakang playground tu… perlahan2 jalan sampailah ke Tasik Besar dan tawaf tasik tu dan jalan lagi sampailah tiba semula ke playground pertama tu. Memang best kalau nak exercise kat sini sebab udaranya segar dan saujana mata memandang. Kalau tak percaya bolehlah cuba sendiri yea.. hehe… Chow!

 

LAKE GARDEN 1

SALAM MANIS.

Entri kedua saya. Janggal pulak rasanya bila bersaya-saya ni. Memang lebih suka bahasakan nama. So untuk dunia blog baru ni, saya nak bahasakan diri sendiri sebagai awe, Sebutannya sama macam ‘our’. Bolehlah kan. Anggap sahaja macam ‘hawa’.

Sebulan yang lalu, awe ingatkan awe terpaksa tinggalkan dunia blog ni dah. Cinta awe pada dunia blog masih belum berkubur sebenarnya, tp tulah byk sangat masalah dan kekangan menyebabkan awe senyap. Tp tetiba timbul pulak idea nak buat macam ni. So cuba dululah ye.. mana tahu ok. Hehe.. Dulu2 bila ada blogger yang tak suka expose diri sendiri atau guna nama samaran, awe tak faham kenapa. Tapi sekarang.. nampaknya awe dah faham sangat. May be alasan diorang pun lebih kurang alasan awe sekarang.. hehe.. So pada kawan2 blog awe tersayang… lepas ni bila komen.. silalah guna nama awe utk diri awe ye.. takde masalah kan… hehe.

Ok, berbalik pada tajuk, awe nak kongsi gambar2 yang awe ambik kat lake garden masa bulan Feb lepas. Pic ni semua belum letak kat blog lama dan juga fb awe. Bila tengok pic cantik2 dan osem kat blog:-

1. wak gelas

2. penulis yg tak suka blog dia

3. akak doktor

4. akak cikgu penang

beranganlah jugak awe ni nak ambik gambar macam diorang. Walaupun awe bukan rajin macam diorang dan tak pandai macam diorang pun.. tp takpelah kan.. berangan sikit. Hehe.

Plan nak ke lake garden pagi2 lepas subuh ni dah berapa kali plan dan dah berapa kali tertunda. Ada aje halangannya + malas pun ada.. hehe. So pagi sabtu itu berjayalah awe ke sana. Awe pegi bertiga aje. Masa ni en somi outstation (dh mintak izin dah tapi). Lepas subuh aje.. kami cepat2 keluar rumah. anak awe si comel bambam yg tengah tido tu awe angkut masuk keta. Sampai kat sana awe letak dlm stroller.

Awe memang guna kamera D90. Tapi awe guna mode oto dan klosap aje.. hehe. Tembak punya tembak ada dekat 300 keping pic tp takkan nak letak semua kat sini kan.. termuntah pulak u all nengoknya nanti.. bukan cantik pun.. hehe.. so layan ajelah yea…

Tak sampai setengah jam kat lake garden, si comel awe dh bangun.. seronok dia dapat jalan2 dan lari2 kat situ…

Nampaknya upload pic kat wordpress ni tersangatlah lambat sebab kena tekan byk button. Ke awe yg tak tahu ada cara yang lebih cepat.. kalau ada yg tahu.. tolonglah ajarkan kat awe ye. sebab awe ni suka sgt letak pic byk2 kat blog .. hehe..

Awe dah ngantuk.. Esok2 awe letak lagi pic kat lake garden ni yea.. jumpa lagi…bye..

WELCOME TO MY NEW BLOG…

Salam rindu buat semua.

Ini adalah blog baru saya. Blog lama rasanya tak boleh diteruskan lagi. Rasanya hampir 3 bulan saya menyepi. Banyak perkara terjadi. Banyak kesah dilalui. Banyak alasan mengapa blog lama telah diletak tepi.

Nama blog baru AWESTORI .. sebenarnya OUR STORY tp kalau letak ejaan yang sebenar tak dapat sebab dh ada orang lain guna. Hehe.. Kalau ikutkan hati nak je stori kat sini segala masalah yang telah dilalui.. tp tak sanggup rasanya nak bebankan orang lain. Cukuplah diri sendiri yang melaluinya. Insyaallah.. saya masih kuat dan bersemangat untuk menjalani kehidupan yang mendatang. Sentiasa positif dan optimis… insyaallah hidup ini akan indah berseri.

Sebagai permulaan saya letak gambar pertama siapa lagi kalau bukan permata hati saya.. hehe..

Image